Sunday 13 January 2013

Resepi Milky Choc Brownies..

Dibuat atas permintaan Incik Hubby..mengidam kot..ngeee..yang ni resepi lebih kurang resepi yang dulu..cume digandakan sekali ganda sebab nak bagi opis mate mama jugak..



Lebih kurang resepi dulu (resepi dulu, sila klik sini)..cume ubah sikit-sikit je..

Bahan-bahan

  • 140g Butter
  • 50g gula halus -dikurangkan sebab letak milky choc dgn cooking choc
  • 4 biji telur
  • 200g tepung gandum
  • 70g serbuk koko
  • 150g cooking chocolate, cairkan (double boil) n sejukkan
  •  3 bar Nestle milky bar with cookies, patah-patahkan
  • Chocolate rice secukupnya

  • Cara-cara

    1. Panaskan oven sehingga 190C. Butter dan telur biar dalam suhu bilik. Ayak tepung gandum dan serbuk koko.
    2. Masukkan butter dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sehingga putih.
    3. Masukkan pula telur. Pukul sehingga sebati.
    4. Masukkan bahan ayak (tepung, serbuk koko) dan coklat masakan yang dah dicairkan.
    5. Masukkan milky choc bar yang dipatah-patahkan.Tabur chocolate rice.
    6. Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 25-30 minit.
    Siap..senang je kan..

    No comments:

    Post a Comment