PAYMENT & DELIVERY T&C

1. Setelah tempahan dibuat, emel confirmation beserta  maklumat pembayaran akan dihantar melalui email. Pembayaran perlu dibuat ke dalam akaun Hong Leong atau Maybank

2. Deposit 50% diperlukan untuk tempahan melebihi RM100, bayaran selebihnya perlu diselesaikan ketika barang dihantar / diambil. Untuk penghantaran Pos/Courier baki pembayaran perlu diselesaikan sebelum barangan dipos. Wang deposit tidak akan dipulangkan jika tempahan dibatalkan tanpa sebab yang munasabah.

3. Setelah pembayaran dibuat, sila maklumkan kepada kami dengan cara email/SMS (nyatakan nama, no. telefon, email address) dan mesti disertakan bukti pembayaran (no. rujukan, slip pembayaran dsbg. untuk tujuan rujukan kami).

4. Tempahan terpaksa dibatalkan jika tiada pembayaran dibuat mengikut tarikh akhir pembayaran yang dinyatakan dalam invoice yang dihantar kepada anda.

5. Doorgift  hanya akan dibuat setelah bukti bayaran diterima. Pelanggan dinasihatkan untuk menempah awal. Berikut adalah saranan kami.

Kuantiti (pieces)
Jarak masa sebelum penghantaran
20 hingga 100
7 hari
101 hingga 200
2 minggu
201 hingga 500
3 minggu
501 ke atas
1 bulan

* Nota : Tempahan ‘urgent’, boleh dirunding dan dipertimbangkan mengikut keadaan.

6. Harga yang ditawarkan tidak termasuk kos penghantaran (kecuali dinyatakan sebaliknya). Kos penghantaran akan dibayar oleh pelanggan dan dikira melalui jarak perjalanan daripada Bandar Saujana Putra, Jenjarom ke lokasi anda. Penghantaran hanya di buat ke sekitar kawasan seperti di bawah :

Kawasan
Kos Penghantaran
Bukit Raja | Bandar Klang | Shah Alam
RM5-RM20
Port Klang
RM20-RM30
Kuala Selangor
RM35-RM45
Bukit Beruntung  | Rawang
Rm30-RM40
Gombak | Selayang | Kepong
RM30-RM40
KL | Ampang | Wangsa Maju | Cheras
RM10-RM20
Puchong | Sri Petaling | Sunway
RM5-RM10
Damansara | Kelana Jaya | USJ |PJ
RM5-RM10
Bangi | Kajang
RM10-RM20
Serdang | Sri Kembangan | Cyberjaya | Putrajaya | KLIA
RM10-RM20
Banting | Kuala Langat
RM30-RM35



7. Untuk Penghantaran pos/courier, kos penghantaran dan pembungkusan di tanggung oleh pelanggan. Kos pembungkusan termasuk kotak polystyrene/foam dan bubble wrap. Kos penghantaran dikira mengikut berat dan jarak yang ditetapkan oleh syarikat penghantaran. Hanya item tertentu sahaja yang boleh dihantar melalui kaedah ini.

8. Untuk self Collect, alamat akan diberikan dalam emel. Tarikh dan masa self collect boleh dirunding.

No comments:

Post a Comment