Monday, 11 November 2013

Swiss Roll Safari Theme..muehehe..

Kenapa kek gulung safari?sebab mama dah pelbagaikan coraknya..resepi asal adalah daripada blog Azlita Masam Manis yg femes amat tu..hihi...suke bangett gi situ..cantik2 air tgn owner blog tu..kagum..ntah bilelah mama leh cpai tahap tu..hmmm..

Okeh...buatnya x susah..just ikut je step yg ada..cme perlu ketelitian dan kesabaran..sbb mama x bper nak teliti, ade step yg mama derhakakan..muahaha.ade ke patut..haha..lantak, janji jadi..

Silalah cuba..mmg sedap..gebus2 cm span..

Untuk dapatkan corak zirafah tu, sila buat macam ni ye..

Sumber: Azlita Masam Manis


Bahan A
3 biji kuning telur
15 gm gula kaster
60 ml air
40 ml minyak mazola / minyak masak
75 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanilla

  1. Satukan gula dan telur
  2. Pukul sehingga adunan berkrim
  3. Tambahkan esen vanilla
  4. Air dan 
  5. Minyak
  6. Pukul adunan hingga sebati
  7. Tambahkan tepung
  8. Kaup balik adunan hingga rata
Setelah siap ketepikan. Sekarang kita buat pula adunan putih telur (Bahan B) yang akan kita campurkan dengan adunan dari Bahan A. 

Bahan B
3 biji putih telur
50 gm gula kaster
1/4 sudu teh cream of tartar 

Bahan C
8 gm serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco

  1. Pukul putih telur hingga berbuih
  2. Kemudian tambahkan cream of tartar dan
  3. Gula kaster
  4. Pukul bahan ni dengan mixer sehingga ia jadi kental / kaku / bertanduk ( softpeak)
  5. Ambil 1/4 adunan dan masukkan di dalam adunan Bahan A yang telah kita sediakan tadi. Gaul rata dengan kaedah kaup balik.
  6. Campurkan semua baki yang selebihnya ke dalam adunan dan gaulkan dengan kaedah kaup balik sehingga ia sebati.
  7. Amik sedikit, masukkan dalam piping beg dan lakarkan pada kertas minyak yg dah dicorakkan dengan corak zirafah tadi.
  8. Bakar dalam oven, agak dah masak sikit, terus keluakan.
  9. Sekarang kita tambahkan serbuk koko dari Bahan C
  10. Tambahkan juga coklat emulco
  11. Dengan kaedah yang sama, kaup balik adunan hingga ia bergaul sempurna.
  12. Tuang atas loyang tadi, dan bakar smpai masak.
Untuk resepi yg original, sila klik SINI. Kat blog kak Azlita ni siap tnjuk step by step...senang je.. Mama dah pendekkan sket step die sbb mls nak buat adunan lain untuk corak putih zirafah tu, iaitu peringkat kedua tu..mama pakai adunan yang sama dari bahan B sebab untuk corak putih zirafah tu pakai sikit je. Loyang bakar saiz 10x10 inci..klau nak tebal sikit, pakai 8x8inci.

Antara tips:

1) Hentakkan adunan B tu betul2 sebelum membakar2. Klau tak nanti die menggelembung/x rata.
2) Masa menggulung, pakai bamboo roller yg bese org pakai buat sushi tu.mama beli kat Daiso, RM5 jer..senang..dan mama roll masa die panas2 lagi, senang sbb lembut lagi..pas roll,terus ikat ngan getah.dh sejuk baru letak filling..awl2 mmg ssh..pastu ok dah..expert..pejam mata pon leh buat..haha.. (ada unsur2 takbur di sini..Astagafirullah..) =p

Resepi filling

1) 1 cup non-dairy whipping cream-pukul sampai kental-ni pn ade lebih, leh simpan utk buat roll lain...

Pandan roll..tukar je bahan C tu dengan tepung dan perasa pandan..bentuk daun keladi
Harimau Malaya..yg dah gulung x sempat amik..dh potong n ngap..hiii
Pun dah ngap dulu si zirapah ni..huuu

Last but not least..Zebra!! Yg ni wat flavour capucchino..yg ni sempat amik gmbar sbb buatkan utk org..klau x, hbis ngap jgk..hihi..

Safari tak?hihi..

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment