Tuesday 26 November 2013

Rotiku rentung!


Toodia..cantik x kak ton?hitam manis gitew..haha..ni tak hitam manis dah..ni hitam rentung..mcm dayang senandung..

Ni lah akibat tido masa bakar roti..knon2 nak lelap jp je, 10minit je..tup2..dah terlajak2 dah..sbb tu kejadian roti ni mcm tu...

Moral of the story, jgn tido masa bakar roti..klau x nak jadi mcm i..rasa sayang sgt sbb dh verangan nak breakfast dgn roti ni..spesel tau roti ni, wholemeal, siap ade pumpkin seed ngan kismis..nmpak x kismis?nmpak x pumpkin seed?

Opkos la x nampak kan..hangus dah semuanya..wawawawawa!

Monday 18 November 2013

Resepi Brownies Berkerak..

Resepi kali ni mama ambil dari buku ni..sebenarnya macam trauma nak mencuba lagi sebab resepi pertama yg mama cuba dari buku ni tak menjadi..keras bebeno keknya...nisbah bahan2 dia memang nampak pelik sebab 1 biji telur large, tapi tepung smpai 2 cawan setengah..dan sikit minyak masak yg mana bila diadun, adunan tu tak cair mcm adunan normal kek pun..die jadi macam doh..tu pun mama dah tambah telur jadi 2 biji..



Kali kedua cuba, tawakal je..kalau tak jadi, buku ni akan jadi tukun je lah jawabnya..jadi mama pun cubalah resepi brownies die sebab tergoda tengok kerak2 keras di atasnya tu..


Meh cuba..

Bahan-bahan

110g cooking chocolate
3/4 cup serbuk koko
1 cup butter
2 1/2 cup gula perang-mama kurangkan jadi 2 cup je
4 biji telur saiz A(mama pakai 5 biji telur saiz sederhana)
2/3 cup tepung naik sendiri (ayak)

Cara-cara

1) Cairkan butter, coklat msakan dan serbuk koko guna kaedah double-boiler. Biarkan sejuk seketika. Suam2 pun takpe.
2) Pukul telur dengan gula perang smpai berkrim. Boleh pakai whisker je/mixer kalau nak senang.
3) Masukkan adunan coklat tadi dan tepung, gaul sebati.
4) Masukkan dalam loyang pembakar yg dah dgris. Boleh tabur coklat cip/walnut jika suka.
5) Bakar pada suhu 170 degree, 30-40 minit atau sampai masak..

Tadaaa..


Masa baru keluar oven, memang best sangat sebab crust kat atas tu rangup..dengan moistnye..sedap banget!must try sbb cara buat teramat senang..

Selamat mencuba!

Fateh Baikkk Sahngattt!

Tengah2 kerja ni, hati tetiba rindu banget kat anak teruna mama..Weekend hari tu dia baik sangat..adela nakal sikit-sikit, buat sepah di sana-sini..cucuk donut mama bagi ada lopak-lopak..kacau mama tengah baking..sepahkan kain laundry mama..hihi..

Semalam pepagi hari main set ala-ala lego die..pastu dengan bangganya menunjukkan hasilnya..tadaaa..


Cer teka ape?hihi..

Fateh kata lori angkat..lori angkat tu sebenarnya bulldozer..si tecit ni sesuka hati die je bagi nama..hihi..adalah kesamaan die kat situ, tang cangkuk tu..

Kalau tanya lori tu angkat ape, die kata "Angkat tanne (tanah)"..kepelatan..

Kengkadang pelat die tu kelakar..Antaranya..

"Eeee...gelaklah (geli)"

"Mungeee (bunga)"

"Lori tesar (besar)"

"Abian (durian) shedapp"

Tu antaranyalah..cam biasa, kami tak ikut pelat..mama ngan incik asben akan ajar yang betul..tapi yg lawaknye, si tecit ni over confident sangatt..betulkn pulak ape yang mama ngan incik asben cakap..konon2 dia punya pelat tu betulla..huuu

Pepetang sikit, mama ngan Fateh lepak2, baring2 n peluk2..semalam kan hujan ngan petir, si tecit ni takut ngan petir..smpai maghrib kami cmtu..fateh dduk diam2 je..baik sangat..hihi..

Best oo peluk2 ngan boipren..Fateh boipren no.2 I tau..incik asben jgn jeles..hihihi

Pepagi tadi tengok die dduk reramai kat taska tunggu nak sarapan sayu pulak rasanya..sob..sob..apelah Fateh tengah buat sekarang ni..wuwuwu..

Resepi Donut Tofu Lembut Ohsem!

Morning u allss..waa..mama sgt mengantuk hari ni..gara-gara tido pukul 5 pagi menyiapkan tempahan donut dan mini cuppies seorang kenalan mama..dia berbisnes jgk, di mana dia buat coklat dan sediakan perkhidmatan buffet dessert table utk Indian wedding..donut yang mama buat ni kosong je sbb nanti dia akan di celup dengan chocolate fondue..yum..yum!

Ini merupakan kali ke-4 mama buat donut..jarang buat donut sbb incik asben agak kureng dgn kuih2 yg manis ni..die jnis suke kuih2 yg cm karipap ke, pisang goreng ke, popia ke..kek plak pilih2..biasanya, kek coklat je dia makan..

Mama bukan tak nak buat awal2, tapi masa terhad..mama cuma boleh baking time si tecit tu tido je..semalam mama buat time tido..tapi x sempat nak goreng, die dah bangun..makanya, selamatlah mama punya donut yang tengah gebus yg tunggu utk digoreng itu dicocok-cocok oleh beliau..oh anak!jadila donut berlopak2..nasib baik sikit je..

Ok..berbalik pada donut ni..mula2 mama buat donut dulu, cuma pakai tpung, marjerin, gula, yis..tpi yg x bestnye, bila sejuk, donut jadi keras..mgkin kaedah mama buat x betul..jadi, kali ni mama cbe resepi lain plak..mula2 cam pelik jgak..tofu lembut pn boleh buat donut ye?so,cube dulu..mmg lembut..dah sejuk pun die msih lembut lagi..jadi proceed lah..resepi mama amik dari sumber berikut..

Sumber: Yati-Sinar Kehidupanku

Bahan-bahan
  • 300 gram tepung gandum
  • 100 gram tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boleh)
  • 125 gram taufu lembut - boleh belikat Giant, 99 Speedmart.
  • 1 1/2 sudu besar susu tepung / skim milk - optional
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
  • 160 ml susu suam@air suam - Saya uli guna tangan, tuang air sikit2 sehingga menjadi doh yg dikehendaki
  • 40 gram shortening (saya letak 1 1/2 sudu besar)
  • 4 sudu besar gula
  • 6 gram yis (saya letak 2 sudu kecil)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.
Cara membuat Doh :
  1. Kaedah 1 : Penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2 : Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Tips untuk dapat doh yang lembut : Ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye dan biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan dengan menggunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.
Yang besar tu mama punya..hihi..lebihan

Buat donut memang tak susah kalau yg besar2 cmtu..yg kecik2 ni, memang bercinta jgkla nak buat..dekat 4 jam jugak baru siap..mama pakai acuan bulat biskut, pastu yang tengah die tu pakai nozel utk hias kek tu..sebab nak bagi seragam..kalau tak,jenuh jgk nak bagi sama bentuk..fuhh!tapi seronok sebab chumel2 ngan kembung2 bila dah goreng..

Selamat Mencuba!


Thursday 14 November 2013

Yang Cemerlang..Yang Kekwat..Duniawi..Duniawi...

Diketahui result UPSR keluar ye hari ini..huh..mesti adik2 kite ni berdebar2 mlm tadi..mak bapak pun tak kurang hebatnya..maklumlaaa..nnt nak compare ngn sedara mara, opis mate, sahabat handai..result anak sape paling power..

Mama ni, anak cinonet lagi..baru dua tahun lebih..jadi tak rasalah bahangnya..cuma teringat balikla, kisah dulu2..haha..konon2 student harapan (harapan la sangaaattt)..kihkih..mlam sebelum result mmg x leh tidolah..maklumlah,, menggalas harapan mak bapak, cikgu cikgi..masa tu 4 subjek je..(nmpak sgt dah veteran)...hahaha..

Mama ingat, zaman sekolah mama penuh kestressan..bknlah stress mcm mana..tpi stress nak jadi straight A's student..mama tak rasa terbeban sbb mama rasa, ini tanggungjawab mama pada mak bapak mama..mak bapk keje susah payah, jadi inilah HADIAH mama buat mereka..sob..sob..

Bile dah masuk Matrikulasi, aim nak masuk medic, nak jadik doktor..masa tu nmpak medic je..x nampak dah benda2 lain..padahal, bnyak lagi course lain yang lebih berdaya saing yg mama tak tau masa tu dek kerana dibutakan dgn info2 yang sempit..mama end up kos kesihatan jgk..tpi mse tu wondering, ape aku nak keje nanti..tpi sbb minat, mama teruskan..

Nak dijadikan cerita, course yg mama dapat tu, course yg selalu dipandang enteng oleh student perubatan di tempat mama belajar dulu..course yg berkait dgn pmakanan dan kesihatan..depa ingat, bnda tu senang je..ape susah, hari2 makan kan, tu pun nak buat course ke?blaja smpai 3-4 tahun..ape korang belaja?nnti nak keje ape..mse tu, bile dgr je soalan2 sinis tu, nak je mama cili mulut dieorg tu on the spot..huahua..nsib baik waras lagi..haha..jdi, cme tersengih2 je ler smbil bagi jwapan tak brape nak confident..hahaha..bodohnya mama, bodohnya mama..

Smpai tahap tu tau kekekwatan mereka ni..bukanlah smua yg prangai cmtu, tpi adalah yg terasa diri tu pandai sangat..mama rsa, smpai bekerja pn, ade je kwn2 mama jumpa doktor2 kekwat yg x appreciate nasihat dietitan/nutritionist ni..OK..titik di situ..nnt jadi lagi panjang cerita2 duka ku..huhu..

Motipnye, mama nak highlight di sini, pencapaian akademik mmglah penting sbb ia akan menentukan hala tuju kita selepas tu..terutamanyalah kerjaya..itu yg sgt2 mak bapak sekarang pentingkan..maklumlaa..nak anak jadi dokter, engineer, arkitek..pendek kata, nak anak2 tu nnti kerja yg besh2, gaji mahal supaya hidup senang..mak bapak pun boleh tumpang senang nanti..ye dok?

Tapi, pandai mana pun kite, hebat mana pun kerjaya kite, semua adalah pinjaman..toksah lah nak kekwat sangat..ade je org x blaja tinggi berjaya jadi jutawan, hidup senang..pokok pangkal dia usaha, doa dan tawakal..rendah diri tu yg penting..tak berjaya dlm pelajaran, bkn petanda hidup tu dah tak bermakna atau gagal..yang pandai sgt tu, toksahlah nak lekeh2kan org lain..awk pndai bidang awk, org lain pandai bidang dia..

Kepada pelajar2 yang nk further study ke universiti tu, cukupkan diri dgn info2, rajin2 survey ape prospek kerjaya..yg penting, ikut minat..org berilmu ni, pintu rezeki dia murah..takyah nak risau,course ni boleh dpt keje gaji mahal ke tak..kan rezeki tu semua kurniaan Allah..betol x? ape nak risau..

Taaaa!

Gambar masa student dulu..dgn course mate..kurus lagi i time tu..hik!







Kiasu Parent..heh!

Kata-kata dipetik daripada status update FB page Prof. Dr. Rozieta Shaary (sila klik SINI)

Berhentilah menjadi stress kerana anak belum pandai itu dan ini.

Jika anak belum boleh berjalan pada usia 12 bulan ke bawah tapi anak jiran sudah pandai, janganlah stress. Jika dia sudah mula merangkak dan bergayut, itu petanda baik.

Jika anak belum boleh bercakap pada usia dibawah dua tahun, janganlah nak dimarah anak itu. Hanya pastikan pendengarannya okay, bahagian rahang tengkok, lidahnya okay. Bawalah berjumpa pakar jika dia langsung tidak boleh bertutur apa pun pada usia melebihi 2.5 tahun. Sekadar memastikan.

Jika anak belum pandai membaca, janganlah dimarahi anak itu. Ajar dengan sabar. Jika dia masih belum boleh membaca pada usia 8 tahun, bawalah berjumpa pakar untuk mengenal pasti jika dia Dysleksia.

Mesej ibu hari ini ialah - janganlah terlalu stress kerana membanding atau dibanding anak anda dengan anak orang sehinggakan anda merasakan diri anak bukan ibu atau bapa yang baik dan anak anda anak yang tidak cemerlang. Dan yang paling ibu hendak ingatkan jangan sekali izinkan di hati tercetus perasaan benci kepada anak kerana susah sangat nak didik dia.


Komen mama: sangat betul, sebab harus diingat, perkembangan setiap anak tu berbeza-beza..bile dieorang besar pun, semua akan minat benda berbeza dan punyai proffesion yg pelbagai..genetik pn berbeza..smua berbezalah pendek katanya..jadi...how do u expect, anak org lain at 1 year old dh pndai jalan, anak awk pun wajib pndai jalan jgk?pastu, mulalah nak menggelabah x tentu psl..ingat ye, anak kite tu, manusia,bukan robot..

Utk parent yg suka sgt nk kiasu tu, lantak pi..anak kita lain dan special..tugas parent, didiklah die sebaik2nya pada usia awl ni..semua bermula dari didikan di rumah..jgn nak push anak x tentu psl...

Abaikan komen2 mereka ni..mereka ni sbnarnya cetek pemikiran ngn takdek benda berpekdah nak buat, sbb tu cmtu..huuu..

Cikgu abah in action...





Wednesday 13 November 2013

Warisan untuk Permata Hati Mama...

Okeh..meh nak citer kenapa mama nak stat blogging balik..

Terus terang, mama kemalasan teramat nak update blog 2-3bulan ni..amat2 malas..nak bukak pon malas..

Rajin bukak facebook jer..huuu..pastu..adelah a few website hiburan dan berita yg mama like yang mengeluarkan berita2 yang menjentik hati dan perasaan mama..

1- Berita kematian seorang photographer yang meningkat naik..Nadia Zahari (sila klik SINI)
 -Muda lagi dia ni..lagi beberapa bulan je nak mendirikan masjid..meninggal dunia sebab accident (berita..sila klik SINI).. seorang yg sangat gifted..lps tu, dia ada buat satu page, Jom Solat (klik SINI) yang membuatkan mama terfikir...bagusnya die buat cmni..ni antara amal jariah yg berterusan jgk kn..org dpt manfaat dari apa yg dia buat tu..

2-Yasmin Hunwick-ade blog peribadi yg kini diteruskan oleh bondanya..(sila klik SINI) dan ada novel yang diadaptasi dari kisah hidup beliau..pon meninggal dunia pada usia muda, 16 tahun,meninggal akibat kemalangan pada tahun 2012..dari apa yg dicoretkan oleh bonda beliau, mmg jelas terasa kerinduan mereka pada arwah, sampai sekarang..mama pn ibu, jadi mama pn terasa sedihnya jgk..(over sensitip stat jdi mak mak ni..uhuuu)..

Motipnye..mama pun terfikir..dgn blog ni, sekurang-kurangnya ada warisan/ingatan tentang mama yg boleh dikenang dan diingat oleh anak dan keluarga mama nanti..dan harapan mama, info2/resepi2 yg ada dalam ni, boleh lah digunakan oleh rakan2 dan umum untuk kebaikan..

Jodoh, ajal maut di tangan Allah s.w.t..x salah mengingat mati sebab...

Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullahu berkata, “Ad-Daqqaq berkata, ‘Siapa yang banyak mengingat mati, ia akan dimuliakan dengan tiga perkara: bersegera untuk bertaubat, hati merasa cukup, dan giat/semangat dalam beribadah. Sebaliknya, siapa yang melupakan mati ia akan dihukum dengan tiga perkara: menunda taubat, tidak ridha dengan perasaan cukup dan malas dalam beribadah. Maka berpikirlah, wahai orang yang tertipu, yang merasa tidak akan dijemput kematian, tidak akan merasa sekaratnya, kepayahan, dan kepahitannya. Cukuplah kematian sebagai pengetuk hati, membuat mata menangis, memupus kelezatan dan menuntaskan angan-angan. Apakah engkau, wahai anak Adam, mau memikirkan dan membayangkan datangnya hari kematianmu dan perpindahanmu dari tempat hidupmu yang sekarang?” (At-Tadzkirah, hal. 9)

Jadi..start to think pengisian yg lebih bermanfaat hendaknya..amin..

Kepada anak mama, sekiranya mama pergi dulu, inilah warisan mama untuk Fateh..mama x de harta..ni je yg ada..harap Fateh ingat mama dan sentiasa doakan mama bile mama dah tak de nanti ye...mama sayang Fateh dunia akhirat..

Ok..nanes jap..huwa!huwa!




Fillo Pastry ditemui..roger! Apakah?

Miahaha..oh..akhirnya..mama jumpe pastry ini..ditemui di Jaya Grocer..promo Jaya Grocer for free plak..uhuu..x pe lah..yang penting mama suke gi satu..sayur dgn ikan, ayam, daging die semua fresh..kemas dan teratur je susunan die..harga pon sedang2..tak mahal dan tak murah sangat..mahal lagi harga barang kat kedai runcit mamak kat umah mama tuh..huh!bedebah betol..ade ke patot lemon sebijik harga RM1.70..biasa mama beli dalam RM1.00 ke RM 1.10 je..iniii..huiii..mmg tak ingin datang lagi..

Okeh..berbalik pada pastry ni..memandangkan mama tak pernah gi lagi kelas buat danish pastry/croisant/tart  nih, maka..ini la solution die..pakai yang segera je..agak mhal..satu pek ni RM15++..kenapa beriye cari?sbb nmpak resepi dlm buku mama beli hari tu guna pastry ni..actually cari pie crust ready made..sbb pemalas nak uli..tpi sbb tgk x dek cop halal..mama bli pastry ni je ler..huuu..


Ada sijil halal by Australian authority...


So..tgk rope, mcm rope kulit popia tu..mama x taulah sme ke x..nnt kite tgk eh..miahaha..klau same, baik pakai kulit popia je..lagi murah (kedekuttt)..jadi, nnt mama kongsikan ape mama buat dgn pastri ni..yang pasti nnt mama nak buat mcm yg resepi die suggest kat belakang box ni..dgn sedikit modification tang inti die tu..hii..i mmg suke derhaka..hrap menjadilah ye..

Sedikit pengenalan pada pastry ni, dia sebenarnya pastry yang asalnya daripada Empayar Ottoman yg biasa digunakan utk membuat pastri termasuk pai, baklava, dan pelbagai pastri di seluruh negara di dunia..fuhh..pendek je lah ye..panjang lagi citer die sebenarnya..mama pun pening baca nama hidangan2 die..hihi..

Ok, chiao!

Monday 11 November 2013

Swiss Roll Safari Theme..muehehe..

Kenapa kek gulung safari?sebab mama dah pelbagaikan coraknya..resepi asal adalah daripada blog Azlita Masam Manis yg femes amat tu..hihi...suke bangett gi situ..cantik2 air tgn owner blog tu..kagum..ntah bilelah mama leh cpai tahap tu..hmmm..

Okeh...buatnya x susah..just ikut je step yg ada..cme perlu ketelitian dan kesabaran..sbb mama x bper nak teliti, ade step yg mama derhakakan..muahaha.ade ke patut..haha..lantak, janji jadi..

Silalah cuba..mmg sedap..gebus2 cm span..

Untuk dapatkan corak zirafah tu, sila buat macam ni ye..

Sumber: Azlita Masam Manis


Bahan A
3 biji kuning telur
15 gm gula kaster
60 ml air
40 ml minyak mazola / minyak masak
75 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanilla

  1. Satukan gula dan telur
  2. Pukul sehingga adunan berkrim
  3. Tambahkan esen vanilla
  4. Air dan 
  5. Minyak
  6. Pukul adunan hingga sebati
  7. Tambahkan tepung
  8. Kaup balik adunan hingga rata
Setelah siap ketepikan. Sekarang kita buat pula adunan putih telur (Bahan B) yang akan kita campurkan dengan adunan dari Bahan A. 

Bahan B
3 biji putih telur
50 gm gula kaster
1/4 sudu teh cream of tartar 

Bahan C
8 gm serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco

  1. Pukul putih telur hingga berbuih
  2. Kemudian tambahkan cream of tartar dan
  3. Gula kaster
  4. Pukul bahan ni dengan mixer sehingga ia jadi kental / kaku / bertanduk ( softpeak)
  5. Ambil 1/4 adunan dan masukkan di dalam adunan Bahan A yang telah kita sediakan tadi. Gaul rata dengan kaedah kaup balik.
  6. Campurkan semua baki yang selebihnya ke dalam adunan dan gaulkan dengan kaedah kaup balik sehingga ia sebati.
  7. Amik sedikit, masukkan dalam piping beg dan lakarkan pada kertas minyak yg dah dicorakkan dengan corak zirafah tadi.
  8. Bakar dalam oven, agak dah masak sikit, terus keluakan.
  9. Sekarang kita tambahkan serbuk koko dari Bahan C
  10. Tambahkan juga coklat emulco
  11. Dengan kaedah yang sama, kaup balik adunan hingga ia bergaul sempurna.
  12. Tuang atas loyang tadi, dan bakar smpai masak.
Untuk resepi yg original, sila klik SINI. Kat blog kak Azlita ni siap tnjuk step by step...senang je.. Mama dah pendekkan sket step die sbb mls nak buat adunan lain untuk corak putih zirafah tu, iaitu peringkat kedua tu..mama pakai adunan yang sama dari bahan B sebab untuk corak putih zirafah tu pakai sikit je. Loyang bakar saiz 10x10 inci..klau nak tebal sikit, pakai 8x8inci.

Antara tips:

1) Hentakkan adunan B tu betul2 sebelum membakar2. Klau tak nanti die menggelembung/x rata.
2) Masa menggulung, pakai bamboo roller yg bese org pakai buat sushi tu.mama beli kat Daiso, RM5 jer..senang..dan mama roll masa die panas2 lagi, senang sbb lembut lagi..pas roll,terus ikat ngan getah.dh sejuk baru letak filling..awl2 mmg ssh..pastu ok dah..expert..pejam mata pon leh buat..haha.. (ada unsur2 takbur di sini..Astagafirullah..) =p

Resepi filling

1) 1 cup non-dairy whipping cream-pukul sampai kental-ni pn ade lebih, leh simpan utk buat roll lain...

Pandan roll..tukar je bahan C tu dengan tepung dan perasa pandan..bentuk daun keladi
Harimau Malaya..yg dah gulung x sempat amik..dh potong n ngap..hiii
Pun dah ngap dulu si zirapah ni..huuu

Last but not least..Zebra!! Yg ni wat flavour capucchino..yg ni sempat amik gmbar sbb buatkan utk org..klau x, hbis ngap jgk..hihi..

Safari tak?hihi..

Selamat mencuba!

Sunday 10 November 2013

Resepi asas roti bun

Salam all...

setelah lama x menjenguk blog..hri ni mama jenguk blog jap..tetiba tgk viewer cm byk gitu..huhu..

ntah kenapa mood mnulis ke laut sgt..jdi..meh kite trus kpda resepi hri ni..resepi roti bun asas..

lately mama mmg rancak membuat bun..bknnya apa..sbb anak mama, si tecit al fateh suke mkn..sbb tu smangat buat bun sendiri bun..air tangan ibu kn lgi berkat..

resepi ni boleh dipelbagaikan..nk buat bntuk mcm mne pn boleh, ikut kreativiti..next time mama usahakan step by step bntuk2 roti ni..kne cri helper yg boleh tlg tangkap gmbar..hihi..spe nk volunteer, sile bgtau...

yg ni mama biasa uli dgn tgn je..jdi x psti mcm mne cranya klau pkai bread maker...

Bahan2

200g tpung roti (hi-protein)
3g yis
3g bread improver (ada jual kt kdai bkeri/giant pn ada)
100ml air sejuk dri peti ais
2g garam
30g butter/shortening/marjerin
30g gula

cara2

1) campurkan smua bahan kering, tpung, garam, yis, gula, bread improver..gaul sebati.
2) masukkan air sejuk..uli doh smpai dh sebati dan krg x melekat pda tgn
3) masukkan mentega, uli doh smpai licin dan elastil.
4) rehatkan doh, ttp doh dgn kain lembap selama lebih krg 45 minit ke 1 jam atau smpai naik 2x ganda
5 ) bahagi2 kan doh, timbang..mama biasa buat sebijik tu dlm 40 ke 50g. Bulat2 kan doh, bagi licin. Biarkan lagi selama 30 minit sebelum dibentukkan.
6) bentukkn doh ikut citarasa dan kreativiti.
7) biarkan lgi doh selama sejam
8) sebelum bkar, pnaskn dlu oven lebih krg 10minit.klau x pna, roti x naik cantik. Suhu bkar adalah 200 degree, selama lbih krg 10 minit..dh pn siap..

ni antara contoh bentuk2 roti yg mama prnah buat...mama ske resepi ni sbb simple dan x perlu pkai telur..

Bun pandan kismis

Selamat mencuba!