Thursday, 13 December 2012

Resepi Spaghetti With Grilled Chicken and Spinach..

Mama dah teringat-ingat spaghetti ni agak lama..sebenarnya, mama makan spaghetti versi ade ayam ngan bayam ni 2 tahun lepas mase kami berhoneymooning kat Langkawi..Candle Light dinner gitu..keh..keh..mse tu ade 4 meal kalau tak silap mama dan main dish die adalah spagetti ni..memang yummy..soft copy gambar spaghetti asal sudah tak dijumpai..yang ada versi mama je lah yer..

Bahan-bahan-sukatan yang diberi anggaran je..

Spaghetti

200g spaghetti, rebus dengan sikit garam dan minyak..

Sos spaghetti

1 biji tomato (blender)
1 biji Cili merah basah yg warna merah tu (blender)
Bawang merah dan bawang putih secukupnya (blender)
2 sudu tomato puree
Sedikit santan/susu sejat/krim/fresh milk

Cara masak

* Tuang semua hasil kisaran tadi dalam kuali...Masukkan santan/susu sejat/krim/fresh milk.Masak sampai mendidih.

Grilled chicken
3 ketul ayam, bahagian dada
Blackpepper, ketumbar, jintan manis (blender halus, kering) secukupnya
Bawang merah dan putih (blender)
Sikit sos blackpepper
Oregano
1 bijik limau kasturi, amik jusnya (nak pakai lemon pun boleh)
Garam secukupnya
Serai yang dititik untuk menggriled (buat macam orang bakar sate tu, untuk renjis2 minyak)
Sikit minyak

Cara masak

*Gaul ayam ngan rempah ratus tadi., jus limau, garam, sos..Perap semua bahan dalam 1 jam. Pastu grill guna griller atau kuali leper pun boleh.

Sayur
Bayam dalam 2 genggam camtu
Bawang putih

Cara masak

*Tumis macam bese je..kalau nak celur je pun boleh..letak garam dalam air celur tu..dah celur, masukkan dalam air sejuk pulak nak bagi warna hijau sayur tu naik..(menurut kata chef la..tak ingat chef mana =p)

Sos Blackpepper

2 biji bawang putih
2 sudu kecil blackpepper secukupnya
4 Sos blackpepper
4 Santan/krim/susu sejat/fresh
1 sudu tepung jagung, larutkan dengan air
1 cawan air

Cara masak

*Tumis bawang sampai naik bau..masukkan blackpepper, sos blackpepper, santan/susu sejat/krim/fresh milk tadi..masukkan air..masak sampai mendidih..dah mendidih, masukkan tepung jagung untuk pekatkan sos..siap..

Hidangkan ikut kreativiti..Selamat mencuba! =)

3 comments:

  1. Sedapnya mama....cuti2 boleh la cuba resepi nie :D
    Tq ya ucapan bsday buat abah saya :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekaseh cik puan ratu hatiku =) ucapan besday, welkem..welkem.. =)

      Delete
  2. perrrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh nmpk yummeh gile! spegeti ada je kt uma tp mls nk msk hehe

    ReplyDelete