Friday 14 December 2012

Kek Nenas Tunggang Terbalik..heee..

Tu dia..bile diterjemahkan daripada Upside Down Pineapple Cake..heee..berterabur je bunyinye..tapi rasenye memang yummy!
 
Mama telah terpandang dan terpikat dengan kek ni dalam satu episod Desperate Housewife..ade satu watak, iaitu Bree yang memang hebat dalam hal-hal memasak ni..kek ni adalah salah satu kepakaran die lah kan..


Miss Bree

Versi orang dah expert..klik sini


Versi 1st timer.. =) tetap sedap..heee.. 
 Resepinye plak..mama dapat dari My Resepi..macam bese lah..hee...
 

Bahan-bahan ( Utk 9 serving) -mama separuhkan sukatan sebab tak nak buat banyak sangat =)


untuk karamel
  • 60g Butter @ Margerin 
  • 85g Gula Perang - untuk karamel
  • 3 sudu sirap nanas dalam tin
 Kek
  • 9 keping Nanas dlm tin - loyang mama muat 2 keping je..
  • 9 Biji Cerri tanpa tangkai-mama tak letak sebab tak suke ceri.. 
  • 150g Tepung Gandum
  • 130g Gula Caster - mama pakai gule perang jugak sebab malas nak blender gula..ngeee..sukatan pun dikurangkan sikit sebab tak nak manis..karamel dah manis kan..
  • 80g cawan shortening-mama ganti dengan mentega jugak
  • 1 1/2 tsp Baking Powder
  • 1/2 tsp soda bikarbonat (mama tambah sendiri, tak ada dalam resepi asal)
  • 1/2 tsp Garam
  • 100ml susu
  • 2 Biji Telur
  • 4 sudu sirap nanas dalam tin

Cara-cara

  1. Panas oven pada 200c. Dalam Baking Tin ( ikut resepi suruh pakai 4segi kalau x ada pakai aje yg bulat) cairkan butter dalam oven. Bila butter dah cair. Hati2 keluarkan dari oven dan taburkan Gula Perang dan jus nenas tadi serata meliputi dasarnya.
  2. Susun kan kepingan Nanas tadi dan letakan Ceri ditengah Nanas tu. Nampak cam bungalah kan.
  3. Dalam mixing bowl pulak. Satukan gula mentega. Pukul sampai kembang. Masukkan telur. Pukul sampai kembang. Pastu masukkan susu, pukul lagi sampai sebati..Akhir sekali masukkan tepung dengan sikit jus dari nanas dalam tin..dalam 3 sudu ke..               
  4. Tuang adunan ke dalam Baking Tin yang didasarnya ada Nanas tadi. Bakar selama 50-55 minit. Atau bila kita cucuk ngan lidi, lidi keluar bersih.
  5. Keluar kan dari oven. Dan dengan segara menggunakan pinggan atau serving plate yg. tahan panas. Terus terbalikkan Baking tin tadi. Dlm keadaan terbalik tu, biar sekejap, supaya caremel tu serap pada kek. Keluarkan Bakin pan. Dah siap.    

Mudah je buatnye..Selamat Mencuba!    

2 comments:

  1. Ermm...sedapnya mama....Nk buat tp xpandai la bab2 buat kek nie..hehehe

    ReplyDelete
  2. adoi org tgh lpr ni T.T jap lg nk g lunch! suka tgk desparate housewife best! suka dgn semua watak lbh2 lg eva longoria hehehe

    ReplyDelete