Tuesday 6 May 2014

Resepi Easy Red Velvet Cake paling senang!

Hi uolss! Sihat kah?

Hari ni mama buat kek red velvet untuk likers bertuah..hari tu kunun2 buat peraduan kay page Yang's Delight (sila klik SINI)..sape jadi liker ke 600 dapat kek PERCUMA!so..inilah dia..beliau telah pilih kek red velvet..

Resepi mama ambil dari blog biasa..iaitu kak Ita Masam Manis..sebab kek ni paling senang di buat..takyah nak pakai mixer..sebab mama ni pemaleh..hahaha..kalau nampak resepi kek tak yah pakai mixer, cepat je mama buat..ngeee..

Jom tingok resepi..


Resepi: Kek Red Velvet Paling Senang
Sumber: Azlita Masam Manis

360 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk koko
400 gm gula halus
1 cawan minyak jagung
2 biji telur A
1 cawan buttermilk (mama buat sendiri..1 cawan fresh milk, tambah dengan 1 sudu teh cuka/lemon jus. Tunggu selama 5-10 minit, die jadi berketul-ketul sikit baru lah boleh pakai)
2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar pewarna merah ~ ini bergantung pada pewarna yang digunakan
1 sudu teh cuka masakan
1/2 cawan air kopi / Nescafe panas ~ mesti letak untuk dapatkan kek yang lembab

Panaskan oven pada suhu 170C ~ 180C bergantung pada kepanasan oven
Sediakan 3 loyang berukuran 9 inc, sapukan mentega dan letakkan lapik kek ~ ketepikan

1) Dalam bekas, satukan dan ayak tepung, baking powder, soda , serbuk koko dan garam ~ ketepikan
2) Dalam bekas yang besar, satukan gula dan minyak
3) Tambahkan telur, buttermilk, esen vanilla dan pewarna, gaul rata dengan whisk atau spatula
4) Tambahkan air kopi panas dan cuka masakan
5) Tambahkan bahan tepung yang di ayak sedikit-sedikit dan gaul adunan rata
6) Tuang adunan sama banyak dalam 3 loyang
7) Bakar dalam ketuhar selama 40 minit atau sehingga kek benar masak
8) Cucuk ditengah kek dengan lidi untuk menentukan kek telah masak. Jika lidi keluar bersih dan licin, ini bermakna kek telah dibakar sempurna, jika tidak tambahkan lagi masa membakar.

Sejukkan kek atas redai setelah masak

Krim Keju 

200 gm krim keju
1 sudu teh lemon Paste (mama pakai esen oren)
90 gm coklat masakan putih
150 gm krim bukan tenusu ~ Non Dairy Whipping Cream
8 gm gelatin
30 gm air

*mama buat 2 adunan sebab 1 adunan resepi ni tak cukup nak balut dan deco keseluruhan kek.

Cairkan gelatin ~(ambik air, taburkan gelatin tadi..tunggu sampai kembang. cairkan guna kaedah double boil)
Cairkan coklat masakan cara double boiler
Satukan gelatin cair dalam coklat putih
Pukul krim keju dan paste lemon hingga lembut
Tambahkan adunan gelatin dan coklat putih
Dalam bekas pemutar lain, putar krim keju hingga kental
Satukan krim putar dalam krim keju dan kaup balik rata

Untuk resepi ni,akan dapat kek seberat 2 kilo ye.

Senang kan? Selamat membaking! =)

1 comment:

  1. wah cntiknya..
    rasanya pasti sedap kan :)
    saya buat red velvet pakai tpg segera je.

    ReplyDelete