Monday 18 November 2013

Resepi Donut Tofu Lembut Ohsem!

Morning u allss..waa..mama sgt mengantuk hari ni..gara-gara tido pukul 5 pagi menyiapkan tempahan donut dan mini cuppies seorang kenalan mama..dia berbisnes jgk, di mana dia buat coklat dan sediakan perkhidmatan buffet dessert table utk Indian wedding..donut yang mama buat ni kosong je sbb nanti dia akan di celup dengan chocolate fondue..yum..yum!

Ini merupakan kali ke-4 mama buat donut..jarang buat donut sbb incik asben agak kureng dgn kuih2 yg manis ni..die jnis suke kuih2 yg cm karipap ke, pisang goreng ke, popia ke..kek plak pilih2..biasanya, kek coklat je dia makan..

Mama bukan tak nak buat awal2, tapi masa terhad..mama cuma boleh baking time si tecit tu tido je..semalam mama buat time tido..tapi x sempat nak goreng, die dah bangun..makanya, selamatlah mama punya donut yang tengah gebus yg tunggu utk digoreng itu dicocok-cocok oleh beliau..oh anak!jadila donut berlopak2..nasib baik sikit je..

Ok..berbalik pada donut ni..mula2 mama buat donut dulu, cuma pakai tpung, marjerin, gula, yis..tpi yg x bestnye, bila sejuk, donut jadi keras..mgkin kaedah mama buat x betul..jadi, kali ni mama cbe resepi lain plak..mula2 cam pelik jgak..tofu lembut pn boleh buat donut ye?so,cube dulu..mmg lembut..dah sejuk pun die msih lembut lagi..jadi proceed lah..resepi mama amik dari sumber berikut..

Sumber: Yati-Sinar Kehidupanku

Bahan-bahan
  • 300 gram tepung gandum
  • 100 gram tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boleh)
  • 125 gram taufu lembut - boleh belikat Giant, 99 Speedmart.
  • 1 1/2 sudu besar susu tepung / skim milk - optional
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
  • 160 ml susu suam@air suam - Saya uli guna tangan, tuang air sikit2 sehingga menjadi doh yg dikehendaki
  • 40 gram shortening (saya letak 1 1/2 sudu besar)
  • 4 sudu besar gula
  • 6 gram yis (saya letak 2 sudu kecil)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.
Cara membuat Doh :
  1. Kaedah 1 : Penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2 : Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Tips untuk dapat doh yang lembut : Ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye dan biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan dengan menggunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.
Yang besar tu mama punya..hihi..lebihan

Buat donut memang tak susah kalau yg besar2 cmtu..yg kecik2 ni, memang bercinta jgkla nak buat..dekat 4 jam jugak baru siap..mama pakai acuan bulat biskut, pastu yang tengah die tu pakai nozel utk hias kek tu..sebab nak bagi seragam..kalau tak,jenuh jgk nak bagi sama bentuk..fuhh!tapi seronok sebab chumel2 ngan kembung2 bila dah goreng..

Selamat Mencuba!


1 comment:

  1. wah terbaek la sis
    sy ni baru sekali je kot buat donut seumur hidup.nak mengulinya tu alahai..mmg bercinta kan

    good luck

    ReplyDelete