Thursday 14 November 2013

Kiasu Parent..heh!

Kata-kata dipetik daripada status update FB page Prof. Dr. Rozieta Shaary (sila klik SINI)

Berhentilah menjadi stress kerana anak belum pandai itu dan ini.

Jika anak belum boleh berjalan pada usia 12 bulan ke bawah tapi anak jiran sudah pandai, janganlah stress. Jika dia sudah mula merangkak dan bergayut, itu petanda baik.

Jika anak belum boleh bercakap pada usia dibawah dua tahun, janganlah nak dimarah anak itu. Hanya pastikan pendengarannya okay, bahagian rahang tengkok, lidahnya okay. Bawalah berjumpa pakar jika dia langsung tidak boleh bertutur apa pun pada usia melebihi 2.5 tahun. Sekadar memastikan.

Jika anak belum pandai membaca, janganlah dimarahi anak itu. Ajar dengan sabar. Jika dia masih belum boleh membaca pada usia 8 tahun, bawalah berjumpa pakar untuk mengenal pasti jika dia Dysleksia.

Mesej ibu hari ini ialah - janganlah terlalu stress kerana membanding atau dibanding anak anda dengan anak orang sehinggakan anda merasakan diri anak bukan ibu atau bapa yang baik dan anak anda anak yang tidak cemerlang. Dan yang paling ibu hendak ingatkan jangan sekali izinkan di hati tercetus perasaan benci kepada anak kerana susah sangat nak didik dia.


Komen mama: sangat betul, sebab harus diingat, perkembangan setiap anak tu berbeza-beza..bile dieorang besar pun, semua akan minat benda berbeza dan punyai proffesion yg pelbagai..genetik pn berbeza..smua berbezalah pendek katanya..jadi...how do u expect, anak org lain at 1 year old dh pndai jalan, anak awk pun wajib pndai jalan jgk?pastu, mulalah nak menggelabah x tentu psl..ingat ye, anak kite tu, manusia,bukan robot..

Utk parent yg suka sgt nk kiasu tu, lantak pi..anak kita lain dan special..tugas parent, didiklah die sebaik2nya pada usia awl ni..semua bermula dari didikan di rumah..jgn nak push anak x tentu psl...

Abaikan komen2 mereka ni..mereka ni sbnarnya cetek pemikiran ngn takdek benda berpekdah nak buat, sbb tu cmtu..huuu..

Cikgu abah in action...





No comments:

Post a Comment