Monday 18 February 2013

Kek Lapis Kukus Coklat Cheese..

Mama always loveeeesssss kek lapis..lebih2 legi kek lapis masam manis..cume yang tak tahan adalah proses melapisnye..makan masa lame dan perlu kesabaran..hehehe..tapi yang pasti sedap..next time mama tepek resepi kek lapis masam manis..salah satu fevret mama..

Untuk kali ni, mama buat kek lapis yang senang ni..3 lapis je..hehehe..sedap, tak manis, sedang2 saja..match sangat dengan lapisan cheese kat tengah2 tu..memang heaven! =)

Dibuat sebagai hadiah untuk long time fren mama..harap die suke lah yer..

Resepi asal dari Cik Mat Gebu (SILA KLIK SINI)

BAHAN-BAHAN KEK COKLAT :-)
2 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
1 camca teh esen vanilla 
Sedikit garam
1/2 cawan air panas mendidih
1/2 cawan susu cair/susu segar
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*-mama pakai serbuk koko yang hitam tu..tapi peliknye mmg takde rase coklat sangat..hehehe..next time mama cube dengan serbuk koko biasa tu ye..
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :-)
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
1 biji telur grad A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum
*mama tambah sikit dengan parutan kulit lemon..taknak bagi muak..i loveeeessss lemon.. =)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK BAHAGIAN COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat. Masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah air panas, susu cair dan minyak jagung, putar sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak bersama bahan bertanda (*) tadi sedikir demi sedikit hingga habis, gaul hingga rata. Kemudian bagi dua sama banyak. Ketepikan sekejap.
  2. UNTUK BAHAGIAN LAPIS CHEESE :- Putar cream cheese dengan gula halus hingga sebati dan berkrim. Masukkan telur, air dan tepung gandum, putar lagi hingga semua sebati dan licin. Ketepikan sekejap.
  3. UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CREAM CHEESE :- Panaskan kukusan, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan berkertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Tuang 1 bahagian adunan coklat, tutup permukaan tin dengan aluminiu m foil dan kukus dengan api sederhana kuat selama 20 minit. -mama pakai loyang suke hati..kikiki..
  4. Bila kek masak, tuang pula bahagian lapisan cheese, ratakan dan tutup kembali permukaan tin dengan aluminium foil dan sambung kukus 15 minit lagi. Dan akhir sekali tuang baki adunan coklat. Terus mengukus hingga masak...dalam 35 minit cmtu..
Kalau tak masak lagi, kukus sampai masak..dun worry, keistimewaan masak kek kukus ni, ialah, dia tak kan hangit..masak la berapa lame pon...hehehe..tapi jangan la lame sangat..agak2 lah yer..

Senang je kan?selamat mencuba! =)

5 comments:

  1. wah..bestnya pandai buat kek,akak nih kalu buat sekali tak menjadi terus rasa malas dah nak membuatnya

    ReplyDelete
  2. nampak cantik.....semestinya sedap nie kan.....tq kongsi resepi...

    ReplyDelete
  3. as-salam.
    lambat singgah.bercuti;)
    bru buka blog marin.. hihi

    sedap ni utk dicuba tp dah lama tak membaking.mood ke laut..

    ReplyDelete
  4. Wah2!!sedapnye cake ni..bilala nk dtg bakat baking2 ni :(

    ReplyDelete
  5. wahhh... sedap je tgk kek tu!..
    ada masa boleh cuba..
    TQ share resepi..:)

    ReplyDelete