Friday 7 February 2014

Resepi kek pandan kastad..

Kek ni dah lameeee sangat mama buat utk sorang kawan mama..baru nak bagi resepi..ngeh..ngeh..

Percubaan pertama gagal..tengok resepi kat buku..pastu bila cari resepi kat pakcik google..jumpelah resepi yg sama di blok kak yati cuma dengan step buat kek yg lebih detail..barulah jadi..gitulah gamaknye kalau blaja takde cikgu ni..try n error jekk..jom tengok resepi..


Resepi: Kek Pandan Kastad
Sumber: Kak Yati (sila klik)

Bahan-bahan ( 1 biji kek )
  • 5 biji telur gred A
  • 150 gm gula kastor
  • 1 sudu besar ovalette
  • 80 ml air daun pandan-(guna santan atau susu cair pun boleh)
  • 80 ml minyak / mentega cair
  • 1 sudu kecil pes pandan
  • 1 sudu kecil baking powder *
  • 150 gm tepung super fine/ tpng kek*(* di ayak..)
  • sedikit pewarna hijau dan perisa pandan
Cara-Cara
  1. Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul de


** Pukul telur bersama gula hingga kembang, pastu 

masukkan ovalette dan pkl kembang lagi. Pastu barulah 

masukan tepung dan susu/santan/air pandan serta minyak 

secara berselang seli. Gaul rata dan bolehlah di bakar.

Bahan-Bahan Utk Kastard Pandan

  • 1 biji kek span pandan
Bahan (A)
  • 180 gm gula kastor
  • 500 ml air daun pandan
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar segera
Bahan (B)
  • 400 ml santan pekat
  • 85 gm tepong hoen kwee hijau
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Kek span di hiris kepada 2 bahagian. Ketepikan
  2. Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Kacau hingga gula hancur.
  3. Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
  4. Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
  5. Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
  6. Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. Tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
  7. Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
  8. Hentakkan acuan 3 kali di atas meja agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
  9. Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . Hias mengikut citarasa anda..
Versi dah potong..x pandai potong kek rata..huhu..next time buat mama bakar loyang asing2..hehe..
Leceh sikit part nak buat kastad tu...

SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment