Monday 17 February 2014

Resepi Cheese Tart Blueberry..

Sudah lama mau menepek resepi..tapi malasnyee nak taip..minggu lepas mama agak bz membuat oder cheese tart ini..cheese tart senang nak buat..cuma agak leceh tang nak buat tart shellnya..nak senang, boleh beli ready made, tapi mama prefer buat sendiri sebab tak tau yg ready made tu sedap ke tak..

Resepi mama dapat dari flyers yg mama dapat dari kedai bakery yg mama biasa kunjungi untuk beli barang baking iaitu Bagus Bakery kat Shah Alam..

Ade jgk yg tnya pasal kelas..terus terang cakap, mama malu nak ajar sebab mama bukannya pandai sangat..belaja dari cikgu Belog dengan pakcik You Tube aje..jadi..memang seganlah nak ajar..hmmm..

Jom belek resepi!

Resepi: Blueberry Cheese Tart 
Sumber: Bagus Bakery (flyers)

*Boleh dapat 30 biji tartshell saiz, saiz sederhana..kalau x silap dalam 4 cm in diameter kot saiz acuan die..

Resepi Tart Shell

130g mentega
250g tepung gandum
50g gula castor
1 biji kuning telur
Air sedikit-sekadar cukup untuk mengikat adunan tu jadi doh

Cara-cara

1) Campurkan tepung, butter dan gula bersama-sama
2) Adun doh sampai jadi mcm serbuk roti.
3) Masukkan kuning telur, adun sebati. Masukkan sikit air sedikit sahaja hanya bagi bolehkan adunan tu bind togather/jadi doh.
4) Masukkan dalam peti lebih kurang dalam 15 minit je sebelum dimasukkan dalam acuan.
5) Masa masukkan acuan tu, takyah sapu minyak ke ape..kalau ckup masak, die senang je tercabut keluar..nak sapu pon boleh..kalau rajin la..haha


Camni rupa die bile dah masuk acuan sebelum bakar..cucuk dgn garfu sebelum bakar ye..jangan buat tebal2..nanti tak sedap..rasa bertepung sangat..jangan nipis sangat jugak takut nnt kulit jadi lembut sebab kena cream cheese..lepas paip cream cheese terus je bakar..bakar pada suhu 170 degree lebih kurang 10-15 minit/sampai kekuningan..

Sumber: Masam Manis (klik SINI)
Resepi Filling Cream Cheese

250g cream cheese-keluarkan dlm 15-20 minit sebelum digunakan..taknak cair sangat lepas dipukul
60g gula castor
20g mentega
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara

1) Pukul cream cheese dgn mentega sampai sebati
2) Masukkan gula, pukul sebati
3) Masukkan telur dan esen vanila, pukul sampai sebati dan kembang.
4) Sedia untuk dipaipkan..Boleh letak apa2 filling yg digemari..ada jual di kedai bakeri..paipkan dulu pada tart shell pastu baru paipkan cream cheese..hiaskn ikut kreativiti..bakar pada suhu 170 degree,10-15 minit

Cara melorek gambar plak mama telek blog kak Azlita Masam Manis (mcm biasa..ngeh..ngeh)..sila klik SINI..

Ambil sikit je dari adunan cream cheese tu..dan warnakan..mama pakai warna purple, merah (utk bezakan perisa) dan hijau utk daun..pakai lidi berbeza utk buat setiap warna..

Buat dot..buat garis memanjang..pastu..pakai lidi lain untuk tarik dari atas ke bawah (dari bahagian tengah hujung dot tu, tarik turun ke bawah melalui bahagian tengah garisan melintang warna hijau tu..faham x?faham x?)

So inilah hasilnya..

SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment