Friday, 7 February 2014

Resepi kek pandan kastad..

Kek ni dah lameeee sangat mama buat utk sorang kawan mama..baru nak bagi resepi..ngeh..ngeh..

Percubaan pertama gagal..tengok resepi kat buku..pastu bila cari resepi kat pakcik google..jumpelah resepi yg sama di blok kak yati cuma dengan step buat kek yg lebih detail..barulah jadi..gitulah gamaknye kalau blaja takde cikgu ni..try n error jekk..jom tengok resepi..


Resepi: Kek Pandan Kastad
Sumber: Kak Yati (sila klik)

Bahan-bahan ( 1 biji kek )
  • 5 biji telur gred A
  • 150 gm gula kastor
  • 1 sudu besar ovalette
  • 80 ml air daun pandan-(guna santan atau susu cair pun boleh)
  • 80 ml minyak / mentega cair
  • 1 sudu kecil pes pandan
  • 1 sudu kecil baking powder *
  • 150 gm tepung super fine/ tpng kek*(* di ayak..)
  • sedikit pewarna hijau dan perisa pandan
Cara-Cara
  1. Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul de


** Pukul telur bersama gula hingga kembang, pastu 

masukkan ovalette dan pkl kembang lagi. Pastu barulah 

masukan tepung dan susu/santan/air pandan serta minyak 

secara berselang seli. Gaul rata dan bolehlah di bakar.

Bahan-Bahan Utk Kastard Pandan

  • 1 biji kek span pandan
Bahan (A)
  • 180 gm gula kastor
  • 500 ml air daun pandan
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar segera
Bahan (B)
  • 400 ml santan pekat
  • 85 gm tepong hoen kwee hijau
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Kek span di hiris kepada 2 bahagian. Ketepikan
  2. Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Kacau hingga gula hancur.
  3. Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
  4. Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
  5. Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
  6. Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. Tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
  7. Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
  8. Hentakkan acuan 3 kali di atas meja agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
  9. Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . Hias mengikut citarasa anda..
Versi dah potong..x pandai potong kek rata..huhu..next time buat mama bakar loyang asing2..hehe..
Leceh sikit part nak buat kastad tu...

SELAMAT MENCUBA!

Thursday, 6 February 2014

Usaha cegah demam denggi..

Sekarang ni musim demam denggi kot sebab boleh kata selalu sangat je dapat berita sahabat handai yang terkena demam denggi..risau jugak lebih2 lagi bila ada anak kecik ni..kami sakit takpe..jangan lah anak sakit..sakit jiwa raga tengok..sedihhh..


Kalau kat rumah tu, memang banyak nyamuk berkeliaran..ade tu tak sedar pon die menggigit..tau2 tengok ada nyamuk berperot boncit berterbangan..huiii..gerammmmm seh..lebih2 lagi kalau tak dapat nak pukul dgn picit2 isi perut die..sanggup mama cari nyamuk merata..dendam kesumat teramat!!

Fateh plak dah beberapa malam ni mengamuk sebab tido diganggu nyamuk..makanya..mama pon pasang ubat nyamuk merata..sampai 2 ubat nyamuk mama psang..lantaklah umah tu nak bau asap pon..pastu semalam mama beli repellent ni..sebelum ni tak pernah cuba..senang je pakai..tampal je kt baju..selamat untuk baby dan kanak2..comel plak tu..gambar katun2 (sbb utama beli)..hihi 

RM11.90 je..ade 10 patch..boleh last up to 12 hours..


Haa..yang ni mama tampal kat punggung dk tecit ni..sbab taknak bagi die nampak..jap lagi die nampak ni, hari2 nak bertampal je kang..huuu..kan gambar katun tu..cantik..mesti die ingat benda ni mainan je..

Hasilnya..die tido lena sampai pagi..tak mengamuk dah..mama pon boleh tido..ngeh..ngeh..

Tuesday, 4 February 2014

Resepi Chocolate Indulgence..

Dalam banyak-banyak kek mama buat..yang ni paling berpeluh ketiak nak buat..hahaha..maksudnya bkn peluh menitis atas kek ye..huuu..maksudnya penat..huaaa..resepi senang...tapi disebabkan stepnya banyak dan dia perlukan masa sekurang-kurangnya 2 hari untuk disiapkan menjadikan ianya kek yg agak leceh utk disiapkan..

Yg ni oder dari opis mate husband mama sempena birthday husband beliau..jadi mama taktau lah rupa dalamnya mcm mana..tapi menurut kata beliau, sedap..husband beliau siap ingat kek ni beli kat secret recipe..wahaha..mama pon tak semena-mena bangga sekejap..keh..keh..Alhamdulillah..

Bunga ros tu daripada gula fondant..ececeh..baru balaja buat..senang je rupanya..yg penting kreativiti kot..ade jugak kawan-kawan yang nak belaja dari mama buat kek/pastri tapi mama macam malu je nak ajar..bukan kedekut ilmu..tapi rasa ilmu tak cukup lagi nak ajar orang..sebab diri sendiri pon belaja dari buku/blog dengan cikgu you tube je..kelas yg penah pegi pon kelas buat roti jer..tu pun lepas ikut kelas, berbulan jugak baru menjadi roti..hihi..nanti dulu ye kawan-kawan..mama timba ilmu dulu dari yg lebih pakar..tiba masa, mama share dengan buat kelas yer..buat sementara waktu ni, sila belek blog ini.. ;)

Ok..balik kepada resepi..mama amik dari blog puteri manja..lengkap dari A-Z..jom tengok resepi..


Resepi: Chocolate Indulgence
Sumber: Rasa2selera puteri manja-sila klik utk step by step picture

INFO PENTING YERR...MULA2 SEKALI KITA BUAT FILLING MOUSSE COKLAT PUTIH SEHARI SEBELUM KITA BUAT KEKNYA....SBB COKLAT PUTIH KENA SIMPAN DLM PETI SEJUK SEKURANG2NYA SEHARI LAH LEBIH BAIK....PLS TAKE NOTE.

CHOCOLATE CHIFFON
BAHAN A
30GM SERBUK KOKO (LARUTKAN DGN 120ML AIR SUAM)
4 BIJI KUNING TELUR (TELUR DIASING PUTIH DAN KUNING)
100GM GULA KASTOR
130GM TEPUNG NAIK SENDIRI
1/2 TSP BAKING POWDER
1/2 TSP SODA BICARBONATE
60ML MENTEGA (DICAIRKAN)/MINYAK JAGUNG
1 TSP ESEN VANILA

BAHAN B
4 BIJI PUTIH TELUR
60GM GULA KASTOR
1/4 TSP CREAM OF TARTAR

CARA-CARA
1. PANASKAN OVEN PADA SUHU 180C. SATUKAN BAHAN A DAN PUKUL HINGGA KEMBANG MENGGUNAKAN HIGH SPEED.
2. DI DALAM MANGKUK LAIN PUKUL BAHAN B (PUTIH TELUR) HINGGA KENTAL GUNA HIGH SPEED.
3. SATUKAN BAHAN A KE DALAM BAHAN B SECARA KAUP BALIK. TUANG KE DALAM LOYANG 9" DAN BAKAR SELAMA 40 MINIT ATAU HINGGA MASAK.
4. ANGKAT DARI LOYANG DAN TELENGKUPKAN KEK DI ATAS REDAI BIARKAN BETUL-BETUL SEJUK BARU DI POTONG KEPADA 4 LAPISAN- (sebab mama agak fail potong kek jadi 4 lapisan, mama bakar dalam 4 loyang, bahagi sama rata supaya tebal sama)

FILLING : MOUSSE COKLAT HITAM 
200GM CHOCOLATE MASAKAN HITAM
2 KUNING TELUR (DI PUKUL DAHULU)
2 PUTIH TELUR (DI PUTAR HINGGA KEMBANG)
60GM GULA KASTOR
1/2 TBSP MENTEGA
250M WHIPPING CREAM,NON-DAIRY-PUKUL HINGGA KENTAL
1 1/2 TBSP GELATIN
50ML AIR
SIMPAN SEDIKIT ADUNAN UNTUK DI SAPU TIPIS KEPADA KEK-(baki yang tinggal adalah sangat sikit, agak bercinta nak sapu pada keseluruhan kek..dan tak kemas..jadi mama letak extra layer lagi pakai  fresh cream perisa coklat untuk bagi kemas lagi. Guna dalam 1 cup je, pukul sampai kental dan sapu)


FILLING : MOUSSE COKLAT PUTIH (yg ni kena buat sehari utk simpan semalaman)

200GM COKLAT MASAKAN PUTIH
100ML SUSU SEGAR UHT
2 KUNING TELUR (DI PUKUL DAHULU)
2 PUTIH TELUR (DI PUTAR HINGGA KEMBANG)
60GM GULA KASTOR
250ML WHIPPING CREAM NON-DAIRY-PUKUL HINGGA KENTAL
2 TBSP GELATIN
50ML AIR

TOPPING COKLAT GANACHE
150ML WHIPPING CREAM (DAIRY)
350GM COKLAT MASAKAN HITAM
1 TBSP MENTEGA CAIR
(MASAK SECARA DOUBLE BOILER, PANASKAN WHIPPING CREAM *** HINGGA BERBUIH DI TEPI PERIUK, MASUKKAN COKLAT DAN MENTEGA, KACAU HINGGA CAIR DAN TUANG KE ATAS KEK)

*** HIASAN : UNTUK PIPING COKLAT GANACHE DI ATAS KEK, SEJUKKAN DAHULU COKLAT DI DALAM PETI SEJUK SELAMA 4 JAM. KELUARKAN DARI PETI SEJUK DAN KACAU DENGAN HAND WHISK HINGGA RATA, MASUKKAN KE DALAM PIPING BAG DENGAN NOZZLE PILIHAN DAN PIPE DI ATAS KEK ATAU DI TEPINYA. SETELAH SIAP MASUKKAN KEMBALI KEK YANG DI HIAS DENGAN COKLAT KE DALAM PETI SEJUK.

*** UNTUK MENDAPATKAN COKLAT GANACHE YANG LEBIH KERAS TAMBAHKAN SUKATAN COKLAT MASAKAN LAGI BANYAK LAGI PEKAT TEKSTURNYA DAN SESUAI UNTUK MEMBUAT BUNGA ATAU BORDER.

CARA-CARA :

MOUSSE COKLAT HITAM
1. RENDAM GELATIN DGN AIR SEHINGGA KEMBANG. CAIRKAN SECARA DOUBLE BOILER HINGGA GELATIN LARUT (cara cairkan dari blog kak Azlita sila klik sini)

*tips penting:biarkan je gelatin dalam air panas (double boil) supaya dia tak keras..gelatin kalau sejuk cepat je dia keras..kalau keras nanti susah nak campur dalam adunan coklat..yang penting kena cepat siapkan adunan coklat)

2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN SECARA DOUBLE BOILER, MASUKKAN KUNING TELUR KE DALAM ADUNAN COKLAT CAIR DIIKUTI MENTEGA DAN GELATIN CAIR, GAUL HINGGA SEBATI. ANGKAT.
3. DI DALAM MANGKUK LAIN, PUTAR PUTIH TELUR DAN GULA HINGGA KEMBANG, KAUP BALIK KE DALAM ADUNAN COKLAT YANG MASIH PANAS KEMUDIAN MASUKKAN WHIPPING CREAM YANG DIPUTAR, GAUL HINGGA RATA.
*** SIMPAN DLM PETI SEJUK 1 JAM


MOUSSE COKLAT PUTIH
1. RENDAM GELATIN DAN AIR SEHINGGA KEMBANG. CAIRKAN SECARA DOUBLE BOILER HINGGA GELATIN LARUT. KETEPIKAN.
2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN PUTIH SECARA DOUBLE BOILER, MASUKKAN KUNING TELUR KE DALAM ADUNAN COKLAT CAIR DIIKUTI GELATIN CAIR, GAUL HINGGA SEBATI. ANGKAT.
3. DI DALAM MANGKUK LAIN, PUTAR PUTIH TELUR DAN GULA HINGGA KEMBANG, KAUP BALIK KE DALAM ADUNAN COKLAT YANG MASIH PANAS KEMUDIAN MASUKKAN SUSU CAIR DAN WHIPPING CREAM YANG DIPUTAR. GAUL HINGGA RATA.
4. MASUKKAN MOUSSE KE DALAM PETI SEJUK SELAMA 4 JAM SEHINGGA BEKU. KEMUDIAN KELUARKAN DAN PUKUL DENGAN WHISK MENGGUNAKAN HIGH SPEED HINGGA PEKAT DAN BERTANDUK. SEELOKNYA MOUSSE COKLAT PUTIH DI BUAT SEHARI LEBIH AWAL. *** DAN DI SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK. APABILA HENDAK DI GUNAKAN, WHISK SEMULA HINGGA KEMBANG BARU DI SAPU KE ATAS KEK.

CARA-CARA :
1. POTONG CHIFFON KEK KEPADA 4 LAPISAN.
2. LAPISAN PERTAMA : LETAK KEK KE DALAM LOYANG 9" (LOOSE BASE TIN). TUANG MOUSSE COKLAT PUTIH DI ATASNYA DAN RATAKAN.
3. LAPISAN KEDUA : LETAK KEK DI ATAS LAPISAN PERTAMA, TUANG MOUSSE COKLAT HITAM DI ATASNYA DAN RATAKAN.
4. LAPISAN KETIGA : LETAK KEK DI ATAS LAPISAN KEDUA, TUANG BAKI MOUSSE COKLAT PUTIH DAN RATAKAN.
5. UNTUK LAPISAN TERAKHIR, LETAK KEK DI ATAS LAPISAN KETIGA DAN SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK SEMALAMAN.
6. KELUARKAN KEK DARI ACUAN, SAPU TIPIS DENGAN MOUSSE COKLAT HITAM KESELURUH KEK DAN SIMPAN SEKEJAP DI DALAM PETI SEJUK HINGGA BEKU. (Mama sapu dengan fresh cream coklat sebab nak bagi kemas lagi).

Lepas keluar dari loose base tin..seksa sikit nak keluarkan...huhu..sebab tu momot..boleh pakai springfoam..tapi yg ade cuma saiz 9 inci je..kek ni memang pakai loyang saiz 9 inci tapi dah mengecut sikit bila dah bakar..
Dah sapu dengan baki coklat mousse yang cinonet tu..

Sapu dengan fresh cream coklat

7. LETAK CAKE DI ATAS WIRE RACK DAN TUANG TOPPING COKLAT GANACHE, BIAR COKLAT MENGERAS BARU DI HIAS.
8. POTONG MENGGUNAKAN PISAU YANG DIRENDAM DI DALAM AIR PANAS, LAP DAN POTONG KEK.

Haaa...senang ke susah?hihi..Cuba jangan tak cuba..mama tak expert lagi..kalau dah expert, pejam mata pon boleh buat..hahaha..

SELAMAT MENCUBA!

Devil's Food Chocolate Cake with a Twist..

Kek ni mama buat khas untuk incik hubby mama yg dah lama nak kek chocolate yg berperisa oren..weekend hari tu tak kemana-mana sebab malas dan tau mesti jalan sesak..dengan fateh yg extra lasak sekarang ni..dok dendiam kat umah buat kek yek..hihi..

Kenapa oren dengan coklat?Kata beliau, tu kombinasi yang sesuai dan sedap..jadi..seperti biasa mama pinjam resepi kak Azlita Masam Manis..tapi ubah sket kat cream cheese frosting die di mana mama letak flavour orange..simple je buatnya plus sedap..tapi resepi kek coklat tu sedikit kering to my liking..next time kalau nak buat mama pakai resepi kek chocolate moist lah yer..baru super yummeh..hihi...

Versi Mama Yayang

Resepi: Devil's Food Chocolate Cake 

Bahan Kek Coklat 
2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil JUS LEMON dan rehatkan selama 10 minit)-mama tak suka cuka..jadi ganti dengan jus lemon
1 cawan air suam


Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang ukuran 9 inc.
Alas dngn kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.

Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan  kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.
Terakhir masukkan vanili estract.
Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.

Cream Cheese Frosting
125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
Perisa oren dan pewarna secukupnya

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.

Chocolate Ganache
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
1 sudu besar golden syrup
1 sudu teh paste vanila 


Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair 
Angkat dan sejukkan

Melapis Kek
Tunggu kek benar-benar sejuk
tuangkan cream cheese frosting atas kek dan ratakan. Ita masukkan dalam piping bag dan paipkan atas kek.
Simpan dalam peti ais sebentar hingga cream cheese mengeras dalam 20 ~ 30 minit. Camni rupanya lepas dipaip dengan cream cheese.



Tuangkan ganache coklat atasnya
Hiaskan kek mengikut kreativiti. Mama hiaskan dengan white coklat dengan sikit sugar beads.
Simpan semula kek dalam peti ais hingga ganache mengeras

Untuk memotong kek yang menggunakan cream cheese.
Celupkan mata pisau dalam air panas atau boleh juga panaskan mata pisau atas  dapur. 
Lap mata pisau dan potong.

Senang je..SELAMAT MENCUBA! =)

Monday, 20 January 2014

Cuti-cuti Malaysia:Cameron Highland

Mama takdelah bercuti jauh-jauh...hihi..cuti-cuti malaysia aje..cukuplah..sesuai dengan poket kecik kami..ngeh...ngeh..


Makanya, kami pun setuju nak gi Cameron..tempat yg mama idamkan sangat nak pegi sejak mengandungkan fateh lagi..baru dapat pegi..tak penah pegi ok..hihi..mula2 nak gi kami2 je..asben ngan anaklah..pastu, ntah macam mana..sebab mak dengan adik memang plan nak datang rumah (sebab mak rindu sangat dengan fateh), makanya,jadila famili vacation..tapi mak cuma joint hari kedua je..kami datang awal sehari..



Kami sewa apartment satu bilik kat Natasya Resort...rate offer, rm129..tapi campur tax yg mcm2 jenis tax, dah jadi rm149 utk 1 malam..ade 2 bilik air, 1 dapur, 1 sofa bed dengan balkoni yg sgt luas..mmg best lepaking kt situ petang-petang sambil  minum kopi..ngeh..ngeh..

tapi sejuknya..masyallah...ade 1 pagi tu sampai 15 degree..nak gi kencing pon takut...ayaq sejuukkkk habaq kt hang!hahaha...maklumla..x penah pegi negara sejuk..jadinya mmg takleh tahan..dengan x well preparednye..semua org kata cameron dah tak sejuk..jadi takdelah beriye nak bawak stokin ke ape..fateh je lah lengkap semua,,kami yg dh tua ni knonnya boleh tahan..padahal..harem..



Cameron Valley Caffe

Mungkin sebab musim hujan kot..sampai berkabus tebal cmtu sekali..tempat paling best gi adalah ladang teh dia..tapi..mahal..secawan teh o hrga dia rm3.50..waaa!mahal tuuuu..kami pegi yg ladang teh cameron valley je..yg ladang teh Boh tak ditemui..hiii


Overall memang seronok..kalau suka pokok2..sini tempat yg sesuai nak memborong..hihi..cuma kena survey harga..lain tempat lain harganya..sayur2 sangat murah..tapi bab nak cari kedai makan susah sikit..especially sarapan pagi..jadi, kalau boleh bwaklah roti ke utk buat alas perut..takpun, sewa hotel yg provide sarapn..senang..

Ladang2 dia lebih kurang sama je..kaktus, strawberi, pokok..boleh petik sendiri stroberi..x silap setengah kilo rm30..kami tak buat pn sbb tgk stroberi die mini je saiznye..taman lavender mmg best..byr rm5 nk msuk..banyak bunga2an..mmg cantiklah..taman rama2 plak x sempat masuk..huuuu..lenkali lah kot..insyallah..

mama beli kaktus, pokok cili ungu dengan pokok anturium..hrapnye hidupla pokok2 tu..huuu..t-shirt  dgn fridge magnet mmg wajib beli lah. tu tugas incik suami..ngeh..ngeh..

Balik je cuti n stat  keje,belum pape mama dah stat mencari tempat lain plak nk dilawati..hihi..mane pulak ye lepas ni..hmmmmm..bulan 2 nanti annibersary..hiiii

Tuesday, 7 January 2014

ASB Loan, bgus ke?

Mama bukanlah ahli ekonomi sangat..huhu..faham ekonomi yg basic je..kalau org stat ckap benda pelik-pelik tu,mintak ampun,mintak maap la ye..mmg i tak faham..jadi ape yg mama nak cerita ni adalah berdasarkan pengalaman mama lah yer...

Mama ada buat loan ASB tu..3 tahun yang lepas dengan bank RHB..amaun biarlah rahsia..nak dijadikan cerita, masa mama enroll tu, die knon2 ada promotion..boleh buat loan banyak, tapi bayar sikit je utk 3 tahun pertama..mama pon ape lagi..seronoklah kan..nnti dividen mesti masyukk..

Si agen mestilah nak jual produk die kann..beriye promote dan tabur janji2 manismu..antaranya:

1) Lepas 3 tahun boleh jual balik, dapat balik amaun yang dibayar tiap bulan tu, tapi bukan full amount
2) Boleh cancel anytime lepas 3 tahun tu

Ok..no big deal kalau semua ok..mama pun setuju..bayarlah tiap2 bulan selama 3 tahun, setiap tahun dapat dividen..not bad lah kan..

SELEPAS 3 TAHUN

Mama nak jual balik..tetiba..

1) Ada amaun kena bayar kalau nak cancel..kalau taknak bayar, kena bayar dulu jumlah caruman yg dah meningkat tu at least 2 bulan..

2) Tarikh sebenar bayaran caruman naik tu tak jelas..masing2 pening lalat..call customer service, macam2 date die bagi..lagilah mama bertambah naik angin..

3) Tak dapat apa2 pulangan sebab menurut bank, mama bayar murah dari jumlah sepatutnya (disebabkan promosi) yang rupa-rupanya hanyalah bayar interest dengan bank dan bukannya simpanan yang mana ini tak dijelaskan oleh si agen hampes haprak tu..

Sebab mama tak puas hati, mama report kat Biru Aduan Pengguna..haaa..pastu..tau masing2 kelam kabut..manager bank sendiri call mama, agen haprak tu pon call mama..

Statement si agen: Bukan ke saya ada bgtau masa tu kita ada dua pakej lain2..satu yg promosi 3 tahun bayar murah dengan 1 lagi ASB Loan yg biasa?

Selamba mama jwap: Kalau ada, saya tak de nak bising or marah mcm ni..sbb awk tak terangkanlah saya repot kat Biro Aduan Pengguna..awak buat orang bodo pasal kewangan macam saya ni keliru dengan tertipu..

Makanya..tot..tet..tot..tet..setel..mama batalkan ASB Loan tu..bayaran yg knon2 kena bayar tu di waive (boleh pulak kan..).

Klau tanya mama ASB tu bagus ke tak..mama sendiri tak pasti..recently ada banyak info yg mama dapat dari laman sesawang yg kata ASB ni haram..sebab tak pasti dia laburkan kt mne duit2 tu..kalau ragu2, baiklah dielakkan..ye dak?

lagi 1, bile nak buat loan rumah ke,ssh sikit kalau dh buat loan ASB banyak sgt...die dh dikira loan jgk ye, bkan simpanan....so fkir panjang2 sebelum setuju nk melabur dlm ASB..jgn dikaburi dgn janji dpt dividen masyuk tu yer..nnt jadi mcm mama..huhu..

Berjaga-jaga jgk dengan agen2 bank ni..tak semua benda dia bgtau yer..tgk mcm mama,bila dah nak cancel ASB tu, barula tau mcm2 hal..pasni, mmg mama banned ASB!


Thursday, 2 January 2014

2014..Second day sudah..meh jimat cermat..

Cepat sungguh masa berlalu kan..dah masuk tahun 2014 dah..makin tua kita..makin dekat kita dengan mati..dah sedia ke nak ke alam sana?mama tak sedia lagi..dosa banyak..amal tak cukup..

untuk mama..no big deal lah nak sambut tahun baru ke ape..orang beriye sambut tahun baru, tunggu firework bagai..mama ngan incik suami pukul 9 malam dah berkeroh...bila tidokan anak, biasanya, dengan kami sekali hanyut..huu...

Mama berharap, tahun ni mama boleh achieve goal mama utk kerja bersungguh-sungguh, develop sales, develop brand dan buktikan pada diri sendiri, mama boleh!oh yea!hihi..semangat gitew..nak jadi pekerja yg lebih amanah..x mo ngular ngular..xmo..x mo..

Ape laGi?mmm..sebab serba serbi dah naik, nak kena jimat..hari2 bawak bekal..skarng makan lunch je, minimum dah 7 hinggit..belum cmpur tol dengan minyak lagi..waaa..waaa..klau nak kira memang banyak..tapi sebab kadang tu mama ni dh sejak tabii perangai mmg x pandai jimat, buat2 tak nampak jer..hahaha..ohh..ohh..tapi sebab incik hubby hari-hari buat ayat kesian...

" tak tau nak makan ape lah..kedai makan semua tak sedap, bau sampah, kotor..yg ade pun mahal.."

maka mama pun, gagahkan jgk la masak n bungkuskan bekal utk beliau..klau dah masak tu, compom la mama pun bawak bekal jgk..hari ni berjaya masak..hihi..jadi..boleh la agaknye mama jimat ye..(mm..boleh simpan duet shopping..haha..)

harapnya ade lah kekuatan mama nak bangun pagi..hihi..

k lah..gud luck utk semua..semoga jadi insan, muslim yg lebih baik dari sebelum ni..lebih berjaya lagi hendaknya..aminnn..

salam!