Tuesday, 15 April 2014

Resepi Sugar Cookies dan Royal Icing-Part 1

Ini produk baru mama ye..so far mama hanya pakai 1 resepi cookies je..resepi ambik dari blog kak Azlita Masam Manis..Begitu juga resepi royal icing tu..

Selain itu, mama banyak rujuk blog http://www.sweetsugarbelle.com/ ni untuk tips dan tutorial..cantek2 tau cookies die..kemas je die buat..huhu..

Untuk doh biskut tu, die memang agak lembik, jadi kena masuk fridge dlu dlm 2-3 jam sebelum dibentukkan..dan juga kena pakai spatula kecik untuk mengangkat cookie yg dah dibentuk tadi sebab adunan die mudah retak..patah..klau pakai cookie cutter yg bentuk halus2 lagi nanges..huhu..

Meh tengok resepi...

Sugar cookies resepi

225 gm mentega tanpa garam ~ kalau bergaram tak payah letak garam lagi (mama pakai buttercup, so tak letak garam dah)
150 gm gula icing
1 biji telur ~ suhu bilik
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh garam ~ kalau guna mentega bergaram sila abaikan
2 sudu teh baking powder
450 gm tepung.

CARA-CARA

Ayakan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan

1) Satukan butter dan gula icing, dan pukul hingga berkrim
2) Tambahkan telur dan esen vanilla.
3) Terus memukul hingga sebati
4) Perlahankan mixer dan masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan garam sedikit demi sedikit. 
5) Putar hingga adunan menjadi doh yang tidak melekat di tangan.

Letakkan doh atas plastik wrapping, bungkus kemas dan simpan dalam peti ais semalaman (mama letak dalam 2-3 jam sahaja)

Untuk resepi royal Icing ade 2 jenis sebenarnya..1 yg pakai putih telur, satu lagi pakai meringue powder. Sebab mama agak kurang yakin dengan putih telur yang tak dimasak, jadi mama pakai meringue powder. Boleh dapat kat kedai bakeri. 

Tapi tak semua tempat ada. Kalau yg brand Willton, mahal sikit. Yang mama beli dari kedai bakeri Bagus kat Shah Alam ni die repack, tak silap dalam 200g harga dalam 8-9ringgit camtu. Boleh pakai 3 kali utk sukatan resepi di bawah setiap pack tu. Untuk resepi ni, kalau buat biskut sikit2 je, biasanya memang ada lebih.

Resepi Royal Icing

800 gm gula icing
1/3 cawan meringue powder
3/4 cawan air ~ air yang di masak suhu bilik
1 sudu besar jus lemon 

1) Satukan gula icing dan meringue powder
2) Masukkan dalam mixer dan putar dengan speed perlahan hingga ia bercampur sempurna
3) Tambahkan air dan jus lemon dan pukul dengan speed sederhana. 
4) Pukul sampai kental dan kaku.

Untuk persediaan mewarna pulak..biasanya untuk satu warna tu, kena buat 2..satu yg keras sikit, satu yg cair untuk flooding.. Biasanya mama akan tambah air lagi utk dapatkan konsistensi yg dikehendaki sebab yg lepas mix tu biasanya agak kaku. Dan bila kaku sangat, susah nak paip..Next time mama buat entry beza konsistensi untuk kedua-dua ni. Boleh refer SINI dulu untuk bezakan tahap kecairan royal icing. 

Biasanya utk outline, pakai piping bag and nozel no.2 dan yang utk flooding tu, kena pakai botol sos yang cmni.


Step utk menghias:

1) Buat outline dulu menggunakan icing yg sederhana keras. Tunggu die kering dulu. Ini boleh la panggil mcm benteng. kena betul2 kering baru letak yang bahagian dalam dia..sebab yg bahagian dalam tu lagi cair..kalau tak kering betul, takut die melimpah keluar..habislah comot biskut tu nanti




2) Baru banjirkan dia dengan royal icing yang konsistensi lebih cair (bahagian dalam). 



Tadaaa...faham ke pening?hihi..

Takpe..takpe..lenkali kite buat tutorial ye step by step..hihi..

Mekaseh sudi baca =)

8 comments:

  1. Piping bottle tu satu pek ada tiga ye? Beli kat mana kak?

    ReplyDelete
  2. Piping bottle tu satu set ada tiga ye kak? Beli kat mana and hoe much ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam najwa..akak beli kat jaya grocer empire subang jaya ni..harga die rm10.99 klau x silap utk 3 btol tu..murah sbb die ade nozzle besi..ngn cover..menjamin kebersihan..hihi

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam kak. Biskut ni rasa dia terlalu manis ke? Sebab tgok resepi mcm gne sukatan gula yg byk.

    ReplyDelete
  5. Salam kalau guna gula prai boleh ke?

    ReplyDelete
  6. Salam.klo tunggu icing tu keras, tak lembik kah nanti biskut tu kak.saya pernah buat. Biskut jadi lembik tunggu icibg kat atas tu keras.slalunya brapa lama boleh keras kak.boleh bgi tips tak

    ReplyDelete