Monday 23 December 2013

Kit Kat Deco Cake for a Friend's Sista!

Ini kek yg mama buat utk birthday adik kawan mama..beliau memang regular beli kek mama..so ini mama bagi special price even kt market harga dia paling kurang RM100 (biasa dengan M&M)..yg ni mama usahakan jgk biar nmpak mcm yg asal tapi dengan lower budget..x pe..asalkan dia dan adiknya gembira..sangat seronok masa buat kek ni sebab semua menjadi..hihi..dari part rasa, mmg mama puas hatilah..

Resepi mama amik dari blog biasa, iaitu blog kak Ita Masam Manis tu..sukeeee sangat blog beliau..kebanyakan kek mama buat dari blog dia mmg menjadi dan semua sedap2..beliau jgk x lokek berkongsi resepi..sbb tu mama suka..mama doakan dia terus sukses..

Dalam banyak2 kek coklat mama penah buat, so far yg ini paling best dan paling sedap..bak kata kak ita, menari2 di tekak rasa coklat dia..serius!mmg sedap..anak mama pun boleh makan berpotong-potong..suka sangat dia dengan kek ni..

So..Ini resepi dia ye..cubalah..mmg sedap..resepi pn x susah mana..

Chocolate Moist Cake

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

Satukan semua bahan
Kemudian ayak, ketepikan 

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis. 

Bahan D
250 ml air panas

Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati-boleh pakai hand mixer..mama pakai whisker je..malas nak on kan mixer (boleh ke??haha..mmg dasar pemalas..nak wat cmne..)

Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.

Jika adunan banyak dan tak larat nak kaup balik dengan spatula, boleh masukkan dalam Stand Mixer. Letak pada speed paling perlahan sekali. Putar sehingga ia sebati aje, jangan lama kerana nanti banyak udara terperangkap dalam adunan kek dan kek kita berlubang-lubang bila kita potong.

Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula
Tambahkan air panas dan gaul rata
Adunan yang telah di gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak.

* Sebab air panas diletak kemudian, adunan agak tak larut..jadi mama tapis dulu sebelum bakar..

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.


Resepi Coklat Ganache
Sumber: Azlita Masam Manis 

100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
1 sudu besar golden syrup 
1 sudu teh paste vanila 


Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair 
Angkat dan sejukkan 

Curah atas kek

Tadaaaa!Ini hasilnya..mama tabur almond kat lapisan atas kek ni upon request tuan pnye kek..dia peminat kekacang..


Coklat warna warni tu beli kat famous amos..dalam die ade kuaci..sedap..hihi..

SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment